Friday, 15 February 2013

bahasa itu perhubungan


بسم الله والحمدلله

Melahirkan perbezaan dalam pemahaman. Segalanya bergantung pada kemampuan manusia untuk berfikir dan mengaitkan satu- persatu corak keilmuan yang dipelajarinya.

Serasa ingin berkongsi sesuatu. Perkaitan pada bahasa. Atau dalam bahasa arab dikenali sebagai اللغة. Terdapat 3 rukun bahasa iaitu suara (أصوات), perkataan (كلمات), dan susunan (تراكيب).


Baik. Saya ingin mengajak anda bersama saya sejenak memahami rukun bahasa ini. Bagi seorang pelajar yang baru mula untuk belajar, mereka akan mempelajari satu- persatu rukun tersebut. Kita akan belajar mengenai suara (sebutan pada sesuatu huruf) daripada A hinggalah Z dan dalam abjad Arab pula daripada الألف إلى الياء. Kemudian, akan berpindah untuk membina perkataan daripada huruf tersebut. Sebagai contoh, makan (أكل). Seterusnya, pelajar akan diajar untuk menyusun perkataan yang dibina menjadi satu ayat lengkap. Contoh, saya makan nasi (آكل الأرز).

Sekarang, beralih pula kepada ‘advance learner’. Mereka akan membaca beberapa ayat daripada buku- buku mereka. Contoh, pelajar itu membawa begnya (حمل الطالب حقيبته). Daripada susunan ayat tersebut, mereka akan menganalisis ayat- ayat itu menjadi perkataan. Contohnya, pelajar (الطالب) adalah satu perkataan, membawa (حمل) adalah perkataan kedua, dan begnya (حقيبته) adalah perkataan seterusnya. Dan daripada perkataan- perkataan tersebut, mereka akan mengeluarkan huruf- hurufnya dan menyebutnya dengan sebutan yang tepat.  J


Begitulah beberapa pendekatan dalam menjejak makna ilmu itu sendiri. Setiap pendidikan akan dimulakan dengan bahasa. Dengan bahsa itulah yang menghubungkan pergaulan beberapa pihak agar apa yang ingin disampaikan difahami. 

No comments:

Post a Comment