Monday, 26 August 2013

cerita praktikal

12 minggu berpraktikal di A & A Consult (M) Sdn. Bhd. memberi banyak impak kepada aku dan kawan- kawan. Dapat mengenali ramai teman- teman baru daripada USIM dan UKM. Bos2 yang terbaik memberi banyak input yang berguna dalam pembelajaran Bahasa Arab.

Ust Nadzmaimi
Ust Azraie
Ust Faris

Team UIA
1. Azriaton
2. Hidayah
3. Syadza

Team UKM
1. Saifuddin
2. Asyraf

Pengalaman yang bermakna. Penterjemahan buku peta minda Fiqh Muamalat (Arab- Melayu). Penterjemahan kertas kerja (Melayu- Arab). Menyiapkan kertas kerja- kertas kerja syarikat, perangkaan- perangkaan program syarikat untuk masa terdekat dan akan datang.

Aku bukan yang terbaik,
Aku terlalu banyak khilafnya,
Tapi aku belajar menjadi aku,
Dan kalian mula mengenal aku.

Aku hanya insan biasa,
Melangkah melangkaui usaha,
Berdepan dugaan dan cabaran dunia,
Mendewasakan aku yang mula meneroka.

Tuhan,
Jalinan ini hanya sementara,
Tapi kesannya berdekad terasa,
Biar berakhir di mata,
Masih ada dalam doanya.

Kamu, kamu dan kamu semua,
Menghitung hari menanti akhirnya...

Tak berakhir cerita kita di sini. Sungguh banyak kenangan di sini. Akan diingati setiap hari.

No comments:

Post a Comment