Tuesday 27 December 2011

mEngHaraP...



aku xpernah menolak hukum yang satu itu
sebab kutahu, Allah xkan sengaja mengadakan sesuatu tanpa perancangan
pasti ada sesuatu hikmah di sebalik apa yang berlaku
tapi jika hanya berbicara soal hikmah
kita xpernah tahu apakah ertinya di masa sekarang

aku cuba menilik hari2 yang berlalu
mencari secebis keinsafan sebagai peneman di kala sendu
aku xsekuat yang difikirkan
kerna aku hanyalah sekerdil2 hamba 

aku terus menyusuri lembah penuh liku
kerna ku tahu
siapalah aku untuk menghalangi seglanya
ya!!!
aku lemah
tapi...
aku perlu kuat
demi sebuah perjuangan
yang xpernah terhenti

perit!!!
aku tahu ianya sangat pedih untuk ditelan
bagiku dan baginya juga
tapi...
inilah jalannya
jalan yang terpaksa dilalui
demi sebuah kebahagiaan
walaupun bahagia itu 
BUKAN MILIKKU

hanya doa mengiringi 
tiap detik dan waktu
dalam zikir sendu
di atas hamparan sejadah rindu
menadah kasih darinya Yang Satu
moga kekuatan dapat Kau pinjamkan buat dia dan diriku...

selaut kasih segunung harap
janji xmungkin bisa terpatri lagi
aku sedar duduk bangun diriku
mungkin langkahku bisa terhenti 
maafkan aku
andai segalanya xseperti apa yang dikata

bahagia bisa menjadi milik kita
andai yakin pada janjinya Yang Esa...

:))

Wednesday 21 December 2011

miLik sIapa???



milik siapa hati ini?
pada siapa harus kusandarkan seluruh rasa cinta ini...

Ya Allah,
Engkau menganugerahkan hambaMu dengan seluruh kesempurnaan
membawa bersama rasa cinta di dalam hati
memberi kasih buat menyayangi
di kala terbit fajar pagi
bayangan semalam berlalu pergi
tapi
kerinduan mengasak di fikiran
mencari ruang buat ketenangan

Ya Allah,
Kau jagalah dia dalam tiap waktu dan keadaan
andai takdirMu bakal mempertemukan kami di suatu saat nanti
ya, janjiMu itu suatu yang pasti!


Wednesday 14 December 2011

sEnDu...

~xtahu kecewa ini untuk siapa~

Ya Allah, andai segalanya berlaku adalah kafarah dariMu untuk mencuci dosa2 yang menggunung dalam diri ini, hamba redha menerimanya...

tapi Ya Allah, ianya terlalu berat untuk kupikul
sehingga aku terduduk lemah
menghitung hari2 buat melepaskan segala beban ini
tak termampu untuk ku berhadapan dengan segala kepahitan ini
xsanggup untuk kuteruskan langkahan kaki ini
kerana aku bimbang
aku khuatir hari2 ku hanya dipenuhi dengan kekecewaan
yang xsanggup aku hadapi lagi...

Ya Allah
ampuni hamba dalam tiap langkahan dan kayuhan
andai ada palitan dosa terlakar di layar hati
moga kian bersih dengan pengampunan dariMu Ya Ghafur...


Tuesday 6 December 2011

kAwAn mAcAm ???

welcome to blogger world...


kadang2, kita x boleh menduga hati manusia...
bak kata pepatah
"rambut sama hitam, hati lain2"

yes, its true...
jgn cepat menilai org
jgn cepat melatah dgn sikap org
tapi, bila kita dah tahu
apa yang patut kita lakukan?

menegur?
kalau diri sendiri pun xbetol?
cam ne?

bukan nak salahkan org seratus peratus
tapi sekurang- kurangnya, cuba consider keadaan org
kita xidop sorg2
tapi kita idop berteman
bersosial

kalo sorg2, xkisah la nak wat apa pn
tapi kalo da ase bsalah
mohon la maaf
supaya aty org lain jadik sejuk
tp kalo smpy kata maaf tu pn susa nak ditutrkan
ego sampai tahap mana pn xtw la

sudah2 la dgn ego tue
sedah2 la dgn "MANJA"  tue
kwn bkan baby sitter
kwn bkan maid
tp kwn da xboley nak accept apabila sering digunakan u pkara yg xberfaedah
n kwn da xley nk accept bile da kne pijak kpala


Thursday 1 December 2011

bEst momEnt

best  moment with my love

on 26th n 27th November 2011

i'll never forget it

thanks a lot coz sudi turun KL n celebrate my birthday

love u, dear 


Wednesday 9 November 2011

salah atau jahil???

welcome to blogger world...

KASIH DARI SYURGA

sebuah cerita terbitan ASTRO disiarkn melalui saluran 106 OASIS...persoalan???

surah pertama diturunkan? dijawab oleh satu watak العصر yang bererti "bacalah"...astaghfirullah...apa jahilnya manusia...siapa penulis skrip???rujuklah ustaz dan ustazah...jgn sampai penonton salah menilai...

saja

 welcome to blogger world



merencana agenda seterusnya bersama lakaran di minda...walau xternampak hasilannya tapi sekuran- kurangnya masih ada sesuatu yang bisa terlaksana...

Tuesday 8 November 2011

pengertian

welcome to blogger world

semakin ku tidak memahami dunia hari ini...di mana sebuah keadilan? si A menghentam si B...hanya dia sahaja yang betul...si B pula memaki si A...akulah yang benar...habis, kalau semuanya berkata begitu, siapa benar, siapa salah??? usah dipersalahkan yang memang sudah salah...tapi betulkanlah apa yang salah...usahla pula membenarkan sahaja apa yang benar, sedangkan ada juga kepincangan di sebaliknya..tapi perbaikilah ke arah yang lebih mantap dan hebat...

mood: ~serabut dengan keadaan sekeliling~



Saturday 5 November 2011

saLam aidiLadha...


salam aidiladha dari blogger sekeluarga :)

ayuh telusuri sejarah Nabi Allah Ibrahim dan Ismail...moga2 memberi pengajaran bermakna buat kita...

Wednesday 2 November 2011

syukur pada Allah

wElcomE to bLoggEr worLd...


baby ni pun pandai bersyukur
alhamdulillah...
masih berjaya menghirup udara segar
masih berjaya melihat alam yang terbentang luas
masih berjaya menapak ke sana ke mari
masih berjaya berbual mesra bersama rakan2
masih berjaya mendengar bait2 kata dari pensyarah
masih berjaya menghidu harumnya wangi bunga
masih berjaya menaip di blog ini
masih berjaya mengisi perut dengan makanan
da segala2nya yang masih berjaya aku lakukan

di mana lagi kurangnya?
apa lagi yang diinginkan?

panjatkanlah rasa syukur atas segalanya...

Monday 31 October 2011

kEmbaLi

wElcomE to bLoggEr worLd...

dengan harapan...
dengan impian...
menjunjung cita 
melangkaui batas cinta
kerana cinta
cuba kupatri kata- kata
mendidik jiwa
merempuh batas derita
membuang jejak kecewa semalam
mencarik resah lalu

kuabadikan menjadi satu
semangat!!!

semangat!!!

Sunday 30 October 2011

kEcEwA???

keciwa...

mengapa rasa kecewa itu bisa bersarang di hati kecil manusia?

apakah ingin melawan kehendak takdir yang telah menyuratkan segalanya?

di mana rasa syukur pada tiap ketetapan yang telah ditentukanNya?

Allahu Rabbi...

~muhasabah~

Tuesday 23 August 2011

4 الدعاء في شهر رمضان


wElcomE to bLoggEr worLd...


HARI 26
“Ya Allah, jadikan usahaku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa- dosaku sebagai dosa yang diampuni, kebaikanku sebagai kebaikan yang diterima dan keaibanku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar.”

HARI 27
“Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepadaku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maafku dan hapuskan dosa serta kesalahanku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh.”

HARI 28
“Ya Alah, penuhkan hidupku dengan amalan sunnah dan muliakan ku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukan oleh permintaan orang meminta.”

HARI 29
“Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat-Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan-Mu. Bersihkan hatiku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.”

HARI 30
“Ya Allah, jadikan puasaku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh-Mu melalui jalan keredhaan-Mu serta keredhaan rasul-Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhammad SAW dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”

RAMADHAN KAREEM

Sunday 21 August 2011

3الدعاء في شهر رمضان


wElcomE to bLoggEr worLd...


HARI 21
“Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredhaan-Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diriku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagiku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.”

HARI 22
“ Ya Allah, bukakan bagiku pintu kelebihan dan turunkan bagiku keberkatan-Mu. Berilah kepadaku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredhaan-Mu dan tempatkan aku dalam syurga-Mu yang luas, wahai penjawab doa orang yang dalam kesempitan.”

HARI 23
“Ya Allah, bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diriku daripada keaiban serta tanamkan ketaqwaan dalam hatiku, wahai pengampun kesalahn orang yang berdosa.”

HARI 24
“Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu perkara yang mendatangkan keredhaan-Mu. Aku berlindung dengan-Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan-Mu dan aku bermohon kepada-Mu kemampuan untuk mentaati-Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap-Mu wahai pemberi kepada yang meminta.”

HARI 25
“Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya’-Mu dan memusuhi musuh-Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi-Mu, wahai penjaga hati para nabi.”

RAMADHAN KAREEM

Sunday 7 August 2011

pejuang agama-imam muda 2

wElcomE to bLoggEr worLd..



Setiap manusia pasti punya
Pemikiran yang saling berbeza
Tapi janganlah cuba untuk memaksa
Yang lain jika tidak sekata

Usah taksub tafsiran sendiri
Pandanglah dari sudut yang lain
Mungkin ada benarnya kata mereka
Andainya berfikiran terbuka
Renungkanlah bersama

Habibi janganlah membenci
Hentikan dari saling menyakiti
Habibi hanya jikalau bersatu
Umahmu akan lebih maju

Temanku bersalamlah selalu
Hormati mereka disekelilingmu
Temanku marilah kita bersama
Menjadi pejuang agama

Tak perlu meninggikan suara
Untuk meluah apa dirasa
Kerana lantang itu bukannya bermakna
Katamu menjadi lebih benar

Renungkanlah bersama


Thursday 4 August 2011

الدعاء في شهر رمضان 2

wElcomE to bLoggEr worLd..


nak berkongsi lagi doa di bulan Ramadhan untuk hari ke-4 hingga ke-10...

يوم الرابع

" ya Allah, berilah kekuatan kepadaku untuk melaksanakan perintah-Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan-Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan-Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."


يوم الخامس

"ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba-Mu yang soleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya' yang hampir di sisi-Mu dengan kelembutan-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari segala pengasih."


يوم السادس

" ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiatku kepada-Mu dan janganlah menyeksaku dengan balasan-Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan-Mu, dengan anugerah dan bantuan-Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan."


يوم السابع

"ya Allah, bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkan aku daripada dosa- dosanya. Dan berilah aku zizkir untuk mengingati-Mu secara berterusan, dengan taufik-Mu, wahai pemberi  petunjuk kepada orang yang sesat."


يوم الثامن

"ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak- anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan-Mu tempat brlindung orang yang berharap."


يوم التاسع

"ya Allah, sediakan bagiku sebahagian daipada keluasan rahmat-Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran- ajaran-Mu. Bimbinglah aku memuji keredhaan-Mu yang penuh dengan kecintaan-Mu, wahai harapan orang yang merindu."


يوم العاشر

"ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakkal kepada-Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sis-Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi-Mu. Dengan ihsan-Mu wahai tempat tuju orang yang memohon."


RAMADHAN KAREEM

Tuesday 2 August 2011

amaLan di buLan RamadHaN

wElcomE to bLoggEr worLd...


alhamdulillah...sedikit perkongsian ingin ditulis di sini. semuanya diperoleh daripada article yang diperoleh di masjid ketika bersolat tarawikh semalam... mabruk 'alaik kepada hamba Allah yang menyediakan article tersebut. moga2 manfaat para jemaah mengenai isinya dapat memberikan bekal pahala ingga ke akhirat kelak buatnya...
perkara- perkara yang dituntut sepanjang Ramadhan:

  1. memohon redha Allah
  2. banyakkan beristighfar
  3. memohon supaya mendapat syurga Allah
  4. meminta bersungguh- sungguh agar dilindungi daripada api neraka
alhamdulillah...ayuh, kita amalkan bersama :)
RAMADHAN KAREEM

الدعاء في شهر رمضان

wElcomE to bLoggEr worLd...


alhamdulillah...dengan pemurahnya sifat ar-Rahman memberi kemurahan buat sahabat tercinta menghadiahkan insan faqir ini booklet di atas buat bekalan menempuhi ramdhan kareem ini...
untuk itu, ingin rasnya insan faqir ini berkongsi doa- doa amalan ini bersama pembaca sekalian...

يوم الأول
"ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar- benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar- benar mengerjakan ibadah. dan jagalh aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun daripada segala dosa."

يوم الثاني

"ya Allah, dekatkan aku kepada keredhaan-Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan-Mu. Berilah aku keampunan membaca ayat- ayat-Mu dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih."

يوم الثالث

"ya Allah, limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagianku daripada kebaikan yang Kau turunkan, demi kemurahan-Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan."


alhamdulillah, cukup untuk 3 hari...insya- Allah, akan insan faqir ini akan mengupdate doa- doa untuk hari- hari berikutnya selepas ini...

RAMADHAN KAREEM

salam kesyukuran

wElcomE to bLoggEr worLd...


alhamdulillah, berhasil membuat blog ini...

alhamdulillah...ramadhan tiba buat kesekian kalinya...

sebelum terlupa, rasanya masih belum terlambat untuk hamba kerdil ini mengucapkan selamat berpuasa kepada pembaca sekalian...biiznillah, kita masih dapat menghirup nikmat dunia yang sementara ini sempena bulan barakah...

di awalnya rahmah
di tengahnya maghfirah
di akhirnya pembebasan dari api neraka

Allahuakbar...maha suci Allah memberi segala nikmat di bulan ini...

RAMADHAN KAREEM