Sunday 22 December 2013

socialization #5.1

what is socialization?
theory of socialization
agents of socialization
resocialization

untuk pertamnya, saya minta maaf sebab post dalam bahasa yang bercampur- campur. kejap english kejap malay. hopefully semua orang tak menghadapi masalah lah dengannya.

i juz want to share with all of u, about socialization yg i baca tadi.

5.1> what is socialization?

socializaton refers to the lifelong social experience by which people develop their human potential and learn culture. 

then, we will see the importance of socializaton, iaitu:

1. support and maintain the existing social structure.
2. essential link between an individual and society.
3. develop our human potential, such as thinking, walking, talking etc.
4. for survival and stability.

and there are some cases of isolated children.

1. Anna.
2. Isabelle.
3. Genie.

ketiga- tiga mereka membesar tidak seperti kanak- kanak lain. dikurung oleh penjaga masing- masing dan tidak diberi kasih sayang dan perhatian sebaiknya. mereka membesar secara tidak normal, dan tidak tahu untuk menguruskan diri sendiri, even tak tahu berjalan, makan, dan bercakap.

Kes seperti ini, seharusnya dijadikan pengajaran, betapa social life itu sangat penting kepada kita kerana socializaton itu sendiri mengajar kita untuk hidup bermasyarakat. Ianya adalah skills yang sangat penting untuk mengajar kita tentang kehidupan itu sendiri.

:))

study #1

hye. sala'alaikum...

juz wanna tell u, my exam schedule...

30/12/2013>> Introduction to Sociology
6/1/2014>> Arabic for Occupational Purposes
11/1/2014>> Islamic Ethics (Arabic)
12/1/2014>> Abbasid and Andalusian Poetry

only 4 papers this semester, 12 credit hours. nampak sikit kan? memang sikit pun, dan sangat2lah heaven. huhu. sampai hidup dalam kebosanan dan lagha di setiap masa. haha.

actually, bukan nak cerita apa pun, saja gatal- gatal tangan nak menulis, then update la jadual exam kat sini. n now, i tengah study sociology, or pendeknya, we called "soca".

start study terus chapter 5. 

jap gi, i update ape yg i study kat next post ya... :)

daa...

Saturday 21 December 2013

Aku keliru lagi

Aku buntu
Aku keliru

Kemampuan aku.
Apa yg aku ada utk buat mereka bangga dgn aku.
I know i'm useless.

Aku terbeban.
Serious terbeban sgt bila aku kena fikir tentangnya.

Entahlah. Aku xtahu nak ckp mcm mana sebenarnya.
Aku sendiri pun keliru.
Keliru dengan apa yg aku buat sekarang.

Mengharap semuanya akan berubah bila aku bangun esok pagi.

aku keliru

Kekeliruan yg mengasak,

Membuatkan fikiranku menjadi senak.


Allahuakbar...

aku xtahu apa yang patut aku buat.

setiap hari dengaq kawan2 p interview. tapi aku?

resume pun xedit lagi, apa pun aku xbuat lagi.

prepare nak keja lagi lah tak.

hurmm...

ekcelli, aku xmau keja tau. aku nak dok umah ja. tapi, fikirkanlah apa kata parents nanti. 
dah blajaq sampai dapat degree, then xkeja. sah2 kena marah.

ok, aku gtw sebab musabab aku xmau keja. 

semua sebab pengalaman.

i've parents yg both keja. so, aku da rasa semua tue. tapi, cuba la tengok kos sara hidup sekarang yg melampau2. harga rumah pun melampau2. aduh! xtau la. serabut plak rasa. 

tu lah semua yang membenak dalam kepala sekarang. hurmmm


Dia Seorang Ammar


assalamu'alaikum...

alhamdulillah, aku diberi peluang. peluang mengenal sesosok tubuh bernama Ahmad Ammar Ahmad Azzam.

Mengikuti forum bersama kedua orang tuanya, Allah... betapa indah ciptaan Allah yang satu ini. Dia mujahid muda. Dia syahid yang masih remaja. Sedang sudah bertemu Rabbnya.

Tersenyum tenang raut wajah kedua orang tuanya. Betapa tabah dan hebat nya mereka. Ibu bapa yang hebat, maka lahirlah generasi yang hebat. Sungguh, aku bangga dengan mereka. Sungguh aku teruja.

Forum: Membina Generasi Ammar.

Sesuai dengan tajuknya, maka tujuan dan hadafnya adalah melahirkan anak- anak muda yang berjiwa seperti Ammar. Di usia 20 tahun, beliau pergi meninggalkan dunia yang sementara. Menuju kehidupan yang abadi. 

Seluruh hidupnya hanya untuk ummat. Anak yang begitu taat pada keluarga. Yang sentiasa bersungguh- sungguh dalam apa jua yang beliau lakukan. Yang punya visi dan misi yang jelas dalam hidupnya, akhirnya, syahid yang didambanya menjadi kenyataan. Selayaknya untuk beliau dan diberi penghormatan dimakamkan bersebelahan sahabat baginda صلى الله عليه وسلم Abu Ayyub Al- Ansari. Allah...

Mampukah aku sehebat beliau?
Mampukah aku melahirkan generasi pewaris seperti beliau?
Tegarkah aku berjihad seperti beliau?
Masihkah aku punya waktu menjadi seperti beliau?

Allah...

Kehidupan ini penuh dugaan.
Penuh cubaan.
Sedang mereka berjaya merentasnya.
Tapi aku?
Mampukah aku???

persoalannya hanya letak pada keimanan.
Andai Allah yang kamu imani dan yakini, insya Allah, semua akan tenang dan mudah.

Tinggalkan segala larangan...
Laksanakan segala suruhan...

:))

Thursday 19 December 2013

Bintang Syurga




Biar darah jadi baja
biar tulangku menjadi tonggaknya
Islam tetap di puncak
biar imanku terus melonjak
  
Aku tegar 
aku rela
sekalipun aku dihenyak 



Burung-burung hijau terbang
Roh ku tenang melayang
syurga firdausi menunggu ku datang 
bidadari pun tersenyum
merindu cumbu harum 
di saat cinta mekarku bercantum
  
Pergiku tak kembali
kerana memburu nikmat syurgawi
itulah yang hakiki itu yang abadi
dan ku tidak mati
bahkan hidup dengan rezki dari Ilahi
  
Kejayaan (kejayaan)
kebahagiaan (kebahagiaan)
bintang syuhada yang dirindukan
  
Datang datanglah wahai syahid 
dambaan mujahid
aku relakan sakit yang sedikit
  
Dari tahanan sementara
biar aku nestapa
demi bahagia untuk selamanya




Monday 16 December 2013

esok punya cerita

welcome back...

esok, kena tasmik lagi 6 syair arab.

wish me luck ya.

tetibe nerbes lak.

ye lah, mana xnya.

yg tasmik lepas dpt markah agak tinggi.

so, utk kali nie mengharap yg sama.

so, dy jadi pressure sket..

huu.. hopefully everything will be ok.

daa.


Sunday 15 December 2013

ilusaniti 2

mimpi yang bermain2 sehingga merasakan segalanya menjadi realiti.

dan ya...

ianya menjadi realiti...

apakah?

apakah permainan itu?

permainan lakonan yang mereka ciptakan dan mereka lah wataknya...

sedangkan sekeliling mereka masih berlagak normal...

ilusaniti...

membuat aku berfikir sendiri...

tentang imaginasiku, dan apakah perkara sama bakal berlaku pada aku sesudah menamatkan cerita itu?

kucuba berfikir dan mencari permulaan dan perhentian dan penamat ceritanya...

moga taksub itu tak wujud dalam diriku...

:)

Saturday 14 December 2013

ilusaniti...

salam'alaik...

tangan masih menggatal- gatal mahu menulis...

oh, cerita apakah???

bermenung, dan berfikir dan mencari topik2 utk distorykan...

ok! dapat!!!

ILUSANITI...

tenenet... tenenet...

ilusaniti????

apakah itu?

ilusi aku tau la. kalo ilusaniti xpenah2 plop aku dengaq. 

hurmm... termenung lagi...

ilusaniti tue kan, ekceli la, nama buku. alaa, buku keluaran fixi tue. buku tue cakap kat aku, ilusaniti tue, maksud dy imaginisai kedua watak utama yang dikongsi dalam bentuk novel. kira nya kalo kita kira bahasa matematik dy macam nie la kot.

ayat matematik: IMAGINASI + DIKONGSI = ILUSINATI

kalo bentuk lazim lak an, dy jadi cam nie
IMAGINASI
+ DIKONGSI
____________________________________
___________________________________

(haha, kreatif xaku)

haha. memandai ja aku. padahal xbaca lagi. pastu dok wat assumption sendiri. ok. dah la. malas mahu bebel panjang lebar. jom baca, then nanti i'll update to u bout dis book ya...

هيا هيا

cita haghi nie...

salam'alaik...

hye guyzzz...

nak tahu apa aku buat ari nie seharian?

APA? TAK NAK TAHU???!!!

ahh! xkesahla kalo korg xnak tahu pun, so xyah baca k...

sebab aku suka nak setori mori, aku akan tetap nak bagitahu... haha

ok, first and foremost, ari nie aku bagun lewat gila. sebab...err... sebab ape erk? 

tak lain dan tak bukan sebab semalam aku tidoq lambat la.. haha

ok, next, aku bangun2 terus kemas my room yg agak bersepah2 plus baju yg xlipat... aduh! kemalas bertimpa- timpa. tp apo boleh buek, udoh namenye pun pompua, nak tak nak, keno jugok den buek ha!

next, ape lagi, online lerrr! padahal kerje bertingkek- tingkek ha. tp sempat laiie nak online. bahana bahana...

tp kan, nak tahu, aku online bukan buang masa tau. aku baca blog ni klik sini. aku baru tahu kisah pasal die. sedih aku bace. entah la, rasa nak tahu dan tahu dan tahu lagi, sampai buatkan hari aku hari nie, hanya tengok blog die dan kawan2 nya yg menceritakan pasalnya. 

dan...

dengan tiba- tibanya...

aku mula terfikirkan sesuatu...















sesuatu???















oh! apakah???















jeng jeng jeng















macam misteri sedikit...















sengaja mahu buat ini cerita jadi saspennnn...















ok la. malas nak enter dan enter dan enter lagi, aku back to the topic la...

actually aku terfikir kan mereka yang telah tiada...

kalo mereka dah tiada, tapi nama mereka masih diingati masih disebuat- sebut masih dikenang- kenang. oh! indahnya. bestnya. tapi aku nanti??? orang akan ingat aku ker? aku nie xder bagi ape2 kebekan pun kat org. for sure xdak sapa pun akan kenangkan aku kan...

menetes ayer mataku...

oh... apakah!

ok, xpa. benda tak jadi pun lagi.

eh! cup2. memg la aku xpergi lagi. tapi kematian itu satu yang pasti. makanya harus bersedia dari hari ini. mencari bekal menuju abadi.

ok, sampai nie je kot post kali nie :)

Friday 13 December 2013

cara hapai...

ok guysss...

cerita selasa lepas.

ada tasmik syair arab.

syair zaman abbasid dan andalusia... (andalusia, tinggal sejarah...lalala)


ok, apa yang menarik hafal syair? ok, bukan tu yang aku nak cerita. juz nak cerita, macam mana teknik hafalan yang baik. tapi nie cara aku la. sebab lain org, lain cara kan. so, jgn la nak ikut cara aku hundred percent. tp hat mana ghasa2 mcm buleh nak ikut tue kan, silala ikut. aku xpakasa pun dan aku xmaghah pun. :))

teknik hafal syair:

1. aku tulis balik syair tu atas kertas yang suci lagi bersih pakai tulisan tangan aku yang cantik lagi menarik itu.

2. lepas dah siap tulis, start lah mengahafal.

3. ulang2 sampai  betui2 ingat.

4. kalo dah ingat kan, esok jangan xmengulang. WAJIB mengulang. ok, aku keluarkan fatwa baru sekejap. bukan apa, hukum wajib nie turun bilamana aku try afal ari nie, esok aku xmengulang, kompem aku kena apai lain tw.

5. masa tengah dok ngulang tue kan, kata la syair tu ada 7 bait, then aku lupa bait ke 3, tw apa aku buat? tengok balik syair tue, pastu ulang balik dari bait pertama. kalo lupa bait ke 7 pun, ulang balik dari bait pertama. sampai la aku boleh baca tanpa lupa, dan tanpa ada orang habaq, dan tanpa aku tengok kertas sebanyak 3 kali, baru aku puas hati.

PENAT??? memg penat afal syair. tapi, ini semua ilmu. sebab pada syair itu ada pengajaran, ok. 

sapa yang belajaq syair ja yang rasa dan paham apa perasaan dia tw.











ok, aku xpost la semua 12 syair yg aku belajaq tue. juz yg aku rasa tulisan aku mcm cantik je, mcm chomel je, aku post la. haha.

tp kalo prasan, ada gak yg bukan tulisan tangan aku kan, yg tue sebab apa berlaku camtu? sebab aku malas nak tulis balik... haha. 

aku rasa yg tu ja la kot aku nak share2 kat sini. apa org putih ckp, sharing is caring kan? so, sebabkan aku caring makanya aku sharing... hehe. dah ayat start berbelit. 

renung- renungkan dan selamat beramal.
(minx maap prof izi, i tiru u punye tredmark)

#1

penyakit hati? ada obat kah? hai obat, hai obat mari beli obat, kalo lah terlambat nanti xdapat... lalalala.

no no. lets go back to the main point.

jom pikir jap... (sambil genggam jari, bukak jari telunjuk n ibu segala jari jadi bentuk pistol, then letak kat dagu)

kalo demam, boleh makan pcm kan?

kalo gatal boleh telan loratadine.

dan kalo batuk, boleh isap strepsils.

tapi kalo hati yang sakit...?

aduh? konfius sebentar memikirkan penyakit hati.

apa itu penyakit hati?

macam mana nak tahu hati tu sakit?

ok, before kita terus pada ubat penyakit aty tue kan, apa kata kita search n scan dulu virus penyakit aty tu...

...

...

...

...

...

sorry, i take tym sket sbb kena search kat gugel dulu. hihi

contoh- contoh penyakit hati:
1. melakukan kedurhakaan dan dosa.
2.merasakan kekerasan dan kekauan hati.
3.tidak tekun beribadah.
4.malas dalam ketaatan dan ibadah.
5.merasa gelisah dan tidak tenteram.
6.gila kehormatan dan populariti.
7.bakhil dengan harta yang ada.
8.mudah memutuskan hubungan persaudaraan.
9.sibuk dengan urusan dunia.
10.bersenang- senang di atas penderitaan orang lain.

pergh! skema jawapn macam jawapan zaman PMR n SPM dulu beb. padahal dah nak habis degree pun. cobala letak dalil dari hadis sket ke, ayat quran ke.

tak tak. bukan kes malas nak cari, tp kalo aku tulis panjang2 pun, xder org bace gak sbb aku tw, rmy org malas bab2 membaca neh. 

ok then, aku copy je penyakit hati tue dr site nie http://anurachman.wordpress.com/2009/04/28/penyakit-hati-dan-penangkalnya/

boleh la jenguk2, n maaf sy copy tanpa izin. plagiarism sedikit n xletak footnote pula tue, juz i put ur lalink here. cowie...

ok, dats all for #1.

till we meet again for the next post. babaiiii...


membuak- buak

hai...

assalamu'alaikum...

terasa mahu berblog tiba- tiba ini malam.

entah kenapa, aku pun tak pasti.

mungkin lepas berblogwalking kot. membaca kisah2 mereka yang menarik dan diri ini turut tertarik utk menulis. 

hurmmm

apa yang mahu ditulis?

ok, jump to next entry, i'll post it after dis apa yang membenak dlm fikiran.  ;)

Sunday 8 December 2013

On Time Person!

assalamu'alaikum...

Punctuality...

apakah maknanya?

hurm, juz wondering, kenapa ramai orang xboleh nak jadi punctual?

is it normal. atau aku yang xberapa normal sebab terlalu punctual?

ok la, let say... bukan nak ckp aku sentaisa punctual, x jugak. tp selagi mampu, i'll try to be on time. itu lah aku. on time ok, tak awal tak lewat.

tp nak jadi cerita, dapat pula org2 sekeliling yg kurang sensitivitinya tentang masa. Aduh! parokkk! haha. kalo kadang- kadang, atau jarang- jarang, mungkin boleh atau bisa kusabar lagi, dong... tapi, kalo sudahnya selalu bangat tak mengikut waktu dan masa, letih lerrr...

tp sebab kawan kan, terpaksa juga ditahan hati yang membara. huhu.

xpe lah, ape2 pun, moga2 aku terus dengan sikap aku yang satu nie, dan kalian- kalian yg kurang sensitivity maa, boleh berubah untuk jadik lebih on time ya...

ok! dat's all for today. dua post utk hari ini. :h

penamat bahagia...

Assalamu'alaikum...

hye guys...

HAPPY ENDING!!!

haha. apa yang ending pun tataw.

saja, amek cerita nak update blog.

actually, tak de pape pun. juz nak story, tadi baru lepas presentation au bil'arabiyah تقديم. hurmmm, not bad la. tp boleh diimprove lagi kot lepas nie.

esok! ada lagi satu presentation. naik tepu sudah ini otak  mahu get ready. hihi. anyway, my love slalu tolong i. that's y, macam semangat sikit la nak present n nak study. 

selalu je dia bagi semangat kat i. hampir setiap hari. 

thanks, dear. :)

jangan kembang2 tau kite cite kebekan awk kat cnie. :p

tu je la kot, story nye. 

wish me luck for this semester ya!

Daaa...

Wednesday 4 December 2013

cerita MATIC 2013

assalamu'alaikum...

alhamdulillah, masih berkesempatan menghirup udara hari ini yang baik- baik sahaja.

hanya mahu bercerita, dan melepaskan rasa serta berkongsi bersama. 

MATIC 2013 

wow, agak menarik. masuk hanya untuk suka- suka. sepatutnya satu pasukan bersamanya. tapi nak dijadikan cerita, dia pula demam. mahu tak mahu, harus juga pergi. dan terpaksalah mencari ganti di pagi hari. alhamdulillah. sakinah, si teman yang baik hati sudi menwarkan diri. thank sakinah sayang. :)

pergi dengan lrt. tiba di sana, kusangkakan hanya ada beberapa team, rupa- rupanya banyak. aduh! tak pelah. teruskan aja, 

sambil berlari sepanjang treasure hunt berlangsung, sambil juga bermesej dengannya. emaksa dia untuk datang sebagai supporter. ah, lantak lah demam pun. :p jangan marah ye abang.

mungkin ada hikmah di sebalik semuanya kot. walaupun tak dapat berlari- lari bersama aku, kupaksa dia untuk berkaraoke. hihi. lagu yang dia pilih, GADISKU. hikzzz. lagu untuk aku. oops aku yang perasan lebih. terlebih sudaa.

ok, proceed. dalam tengah menunggu keputusan tresure hunt, ada game lain juga. teka kacang. kupaksa dia lagi untuk meneka. dan dia mencuba. aku bayarkan rm1 sahaj dan hadiahnya rm300. wow! berbaloi- baloi. DAN... nak dijadikan cerita, dia jadi pemenang dan dapat rm300. dan, dia belanja kitorg semua. Yea! kan berbaloi- baloi. hehe. 

happy ending walaupun kitorg xmenang treasure hunt. cukuplah dengan rm 300 tue. thanks awak sebab belanja kitew. hikzzz

Wednesday 20 November 2013

cerita kosong

assalamu'alikum...

Allahu Allah...
tetibe rase sebak.
tinggal sebulan lebih je lagi kat bumi UIAM nie.
 :(

terlalu banyak kenangan.
pahit, manis, suka dan duka.
tersangat lah banyak.

Nasyid Club, PSSCMUIAM, Convest, ALA, mereka sebahagian daripada kehidupanku di sini. 

sungguh.
ini kehidupanku.
ini perjalananku.

Allah, mana nak pergi lepas nie.
pening nak fikir masa depan nanti..
hurm..
takpe2...
mesti ada rezeki kat mana2.

Tuesday 12 November 2013

rasa rasa

assalamu'alaikum...

hai...

terasa nak meluah rasa sikit.
stress dan makan hati.
dengan siapa?
dengan org yang pada sy agak bongkak.

lebih berusia.

actually, nak menegur tue, sebenarnya utk kebaikan bersama. dan aq xckp pun aq betul semua. juz macam kite buat post- mortem utk kedua2 pihak. itu je. xde niat pun nak mengajar. sebab aku pun tahu aq xbanyak pengalaman. tapi, tu la, apa yg kite tahu, kite bagitahu. kan ke manusia tue dicipta utk saling nasihat- menasihati, dan bertukar pendapat. xsalah pun kan yg muda nasihat yg tua. dan xsalah pun, kalo kite saling berbincang utk semua perkara.

habis, apa susah sgt nak terima teguran org? macam betul semua ja. ok, fine. after dis, aku xkan masuk campur dah dlm urusan nie. korg setel sendiri dan aku nak tengok masih boleh bertahan ke x. aku xangkuh or bongkak,k. aku bukannya nak ckp besar. tapi aku cuma nak keadaan baik2 je. everything work smoothly, dan akal manusia yg lain2 nie, bersatu. bukan tertegak atas cadangan dan keputusan 1 pihak ja.

semua nie xtuju kat family dan org terdekat pun. nie juz nak cite balik apa yg pernah berlaku dalam kehidupan. hidup siapa? jeng jeng jeng. aku ke? maybe aku, dan maybe jugak org lain. ok. bai!

*senyum

Tuesday 5 November 2013

bakal family

assalamu'alaikum...

td siang, family encik tunang datang. wee.. macam best je..
mana xnye, family sendiri dok jauh, dpt jumpe family encik tunang pun kire ok la kan. :)

mak dy nk ukurkan badan nak wat baju utk walimah kat johor nanti.
hikzzz.
suke plak.

malu, segan. hukz...
tapi tahankan jela
nanti dah nak jadi mak mertua sendiri.
hee..

ok, hope, hubungan nie kekal la.
doakan ye utk kitorg.
i love him. 


jalan raya macam litar lumba

assalamu'alaikum.

come again.
haha. macam sengal.

ok, sejak 2 menjak nie, mood aku kurang baik dengan keadaan sekeliling.
jgn salah faham.
ni bukan masalh sindrom bulanan org pmpuan.
tp nie masalah perangai orang yg macam hampeh.

bawak keta xreti nak respek laluan org.
tau la keta dy tue besaq, tp tolong jgn berlagak boleh x?

especially forener2 yg mai kat malaysia.
ni bukan sentimen perkauman ke apa.
tp tolong la.
bila p tempat org, tolong respek org dulu.
ala, senang cita, mcm korg g uma org la.
mesti la korg xkan buat umah tu mcm umah sendiri kan.
nak wat pape pun korg akan utamakan tuan umah kan
ha! camtu gak la situasi nya
p negara org, tempat org,
respek org kat situ dulu.
once u respek org, org akn respek u balik ok.

ni kalo perangai mcm ...! memg aq sumpah seranah hidup xtenang!
aku ni dah la pesen yg baran sedia.
tolong, ok!

ckp la, nk ckp apa pun pasai aku.
xkisah pun.

sikit je pasal prkuiam

assalamu'alaikum...

terasa macam nak menulis plak malam nie. 
lama xupdate blog neh.
asyik on fb je.
blog sudah dipinggirkan.

mcm2 yg berlaku minggu nie
sume berkisar pasal prkuiam
macam2 kes dorg update kat fb tue
sampai lagha aku jadinya dok baca status2 org.
haha.
teruk!

xpe la.
papepun, aku doakan yg terbaikla
utk korg2 yg dpt pegang jawatan tue
buat yg terbaik
sebab korg wakil mahasiswa
pemimpin nie ada amanah
disoal di akhirat nanti.
ok. 
tu je kot. 
daa...

Thursday 26 September 2013

short story

just a short story.
salaam...

got new rumet. sume junior 2nd year. at first, ok la. but lame2 i feel something la. 

Geram!

Why???

Agak bising. Bawak barang yg xleh bwk kat ostel. Huh!!! 

Ok. sabaq sat. Tggl bp bulan je lg. 

Hope aku boleh sabaq la.

Friday 20 September 2013

aku dan perancangan

salam...

ok, semalam my dad kol. tanya pasal urticheria aku. then, tukar topik to my pointer. hurm, i've no comment bout that coz my pointer memg teruk. tp for me, as long as i still here, i will continue my study. memg la org kata susah nak cari kerja nanti dgn pointer yg ciput neh, tp mcm besa la, aku still aku. rezeki tu kan kat mana2. memg la xdpt jdk lecturer. memg la maybe xdpt nk continue master. tp kalo sume dpt pointer elok, sume nak apply jdk lecturer still yg dpt elok xdpt jdk lecturer jgk kan. 

kira nak ckp kat sini, sume org kena jdk lecturer la baru hidup happy? xkan dah membesar dlm family yg berlatar belakangkan pendidikan, means aku pun kena jdk pendidik? bukan xnak. tp aku ada cerita sendiri yg aku sentiasa pendam. bukan aku xnak fikir my future, tp aku dah ada plan aku. juz aku hope my parents restui je apa yg aku nak wat n apa yg aku wat nie xbercanggah pun dengan syariat tp aku nak ke arah bisnes. nak tolong my fiance n tu jgk memg impian aku. walaupun aku amek degree bahasa arab.

Arab pun boleh jadi perniagaan jgk. n perniagaan tu kn 9/10 drpd sumber pendapatan. memg la ada risiko. keja ngan gomen pun ada risiko jgk. nak kena ikot ckp bos, walak ja dgn bos wpun kdg2 balik dok ngomel2. n kalo keja ngan gomen lg bahaya hasil mahsul yg kita dpt tue. sbb kalo xkeja pun dpt gak duit bulan2. takot2 ada yg bukan hak kta. tp kalo keja sendiri, if kita usaha kita dpt, insya Allah, kita punya bahagian. tp kalo dah senang kena la hulu2 jugak kat yg memerlukan.

satu lg, keja gomen ada tyming. memg la cuti banyak. tp kalo keja sendiri, banyak masa ngan family. boleh keja ngan family. xpayah kena tinggal kat umah dr kol 8pg-5ptg. boleh byg x dpt parents yg keja kua pg kol 7.30 balik ptg lepas asar. berapa byk masa yg ada dengan parents? mlm sure2 dah penat sbb esok nak keja lg. hari weekend je masa yg ada. then anak tu xtahu nak mengadu kat sapa. bila jdk pelik2 bebel2, marah2. 

xpela. apa2 pun, aku juz nak abeskan degree aku nie dulu. aku juga punya impian. abg pun ada impian. parents aku pun ada impian. tp aku kena pilih impian sapa yg patut aku utamakan. bukan aku xrasa sume nie penting. tp impian aku, hidup aku. kesinambungan pada kebahagiaan dan keinginan aku. impian parents aku, kesinambungan kepada balas budi dan jasa diorg membesarkan aku, bg makan pakai aku, duit belanja aku kat UIAM nie. dan impian abg plak, dia bakal suami aku, org yg akan aku hidup dengan dia lepas nie, aku akan jadi tulang belakang dia, aku kena tolong dia demi family yg akan kitorg bina nanti. 

so, tiga- tiga penting. i must choose. 
untuk impian aku, i'll make sure, if dunia ok, kewangan ok, aku akan jejak jugak kaki aku kat bumi jordan untuk belajar dan jalan2 keliling dunia.
untuk impian my parents, aku dah buat sehabis baik. aku dah masuk UIAM dgn pointer xseberapa, apa yg mampu adalah untuk jdk anak yang solehah, yg sentiasa doakan kebahagiaan dorg dunia dan akhirat.
untuk impian abg, we've our future planning ryte. no need to tell it here. 

untuk setiap post aku, mungkin ada yg xsuke bile aku selalu masukkan abg dlm nie. sbbnya he'll become my partner life. memg la belum. baru tunang. tp aku kena plan. plan tu akan buat aku akur dengan jalan aku. cukuplah beberapa plan persendirian tentang hidup aku yang dah gagal. untuk kali nie, aku harap semuanya berjalan dengan lancar w/pun xmengikut percaturan aku, tp aku TETAP YAKIN dan PERCAYA, Allah dah rangka yang terbaik untuk aku dan kita semua.

Thanks Allah utk semua yg aku kecapi n nikmati hari ini. Aku bersyukur aku masih hidup. Aku bersyukur aku masih punya keluarga. Aku bersyukur aku masih punya dia. Aku bersyukur aku masih di sini. Alhamdulillah dan alhamdulillah.

suka2 update

salam

ok, today's story...

ini minggu belajar kedua di sem terakhir @ IIUM. Yesterday dah hantar Graduation Form katt IRK Office. Guess what? Rasa sedih plak tetiba. Eh, betul ke da last semester nie? Macam xcaya lak. Serius, UIA the best la. For sure, I'll miss all the moment here. Chehhh! Sembang macam dah habis. Hellow! still ada sampai bulan 1 nanti la... Haha.

Ok, actually, juz nak cerita sikit je pasal sakit aku nie. I've chronic urticheria. Macam dah sakit sgt sebab dah serang I punye tekak la. Sakit sgt2 tw. Tp bertahan je la dgn ubat yg ada. Sbb if pegi klinik or hosp pun, doc akan bg ubat tu jgk or maybe tukar ubat lagi. Juz sekarang, try to avoid mknan2 yg xboleh makan je la. 

Ok. daa

Monday 9 September 2013

balik UIAM

salam

boring actually. xtahu nak buat apa. pastu teringat plak kat blog nie mcm rindu nak menulis.

praktikal dah habis. macam sedih plak rasa. tapi mana boleh praktikal selama- lamanya. sekarang dah kembali ke UIAM Gombak untuk semester akhir. Opps! dah akhir ke? biar betik? betul? huhu. macam xpercaya. siyes, aku xpercaya. hoooohoi. xpayah nak buat ayat xpercaya sgt la, padahal dlm hati meronta- ronta nak abes cepat. haha. lakonan semata! ok.bai!!!

Ok, sem nie kan 4 subjek. 12 ch. cam sikit kan? tp kena struggle betol neh, sbb abes sem je nak kawen. weeewuuu. seronok ke kawen? xpayah nak seronok sgt la. tanggungjawab banyak derr. Ok, xpe la. tutup dulu cerita kawen tue. xmo2. fokus je study. sampai masa nanti baru prepare,k. hikhik. 

*winkwink*

aku happy. 
1. happy sebab dpt balik UIA
2. happy sebab nak abes study dah
3. happy sebab dpt jumpak kwn2 balik
4. happy sebab dpt jumpak dia
5. happy sebab dpt rumet baru
6. happy sebab dpt belajar balik
7. happy sebab dpt macam2 nikmat.

Thank you Allah...


Tuesday 3 September 2013

khabarnya...

ok...
minyak naik...
then, apa nak kata???
marah???
sumpah???
hah!!!
kata la macam2...
dulu2 masa GE korg undi sapa???

dah itulah yg korg dpt. 
dah tu plak, bukan korg je dpt, yg lain pun kena tempias sekali...

aduh!
maaaarah plak aku...

tolong lah pak- pak menteri...
kalian org kaya...
kalian org senang...
kalian org berada...
tapi ada kalian terpikir org2 susah di sekeliling kalian?

biaya perwatan...
biaya rumah perlindungan...
dicampur biaya makan pakai seharian...
juga biaya pengajian anak- anak...
buakn tidak kami usahakan...
tapi apa aja yang kami peroleh?
gaji kami xsehebat kalian...
xpunya elaun seperti kalian...
xpunya driver macam kalian...

xterasa duit keluar masuk macam kalian...
apa yang diperoleh, itulah belanja hariannya...
tolonglah...
simpatilah pada simiskin gelandangan...
hulurkan apa yang patut dahulu buat mereka...

serahkan zakat dan lebihan sedekah- sedekah kalian yang punya wang berjuta...
anggaplah mereka itu saudara anda...

ingat!
tokohilah Umar Abdul Aziz dalam pemerintahan kalian...
moga2 anda xtergolong dalam mereka yang terjejak langkah kiri di jahannam...

biar bahagia dunia, jangan sengsara akhirat...
akan ada yang menuntut hak- hak mereka di sana nanti...


cinta



cinta itu bukanlah bahagia, tapi cinta itu adalah tanggungjawab.
tanggungjawab menjaga hati pasangan.
tanggungjawab membuat pasangan bahagia.

terlaksana tanggungjawab itu, maka berolehlah bahagia...

oh, hati tertatut pada si dia...
si dia yang sentiasa memberi bahagia...
apa benar katamu itu?
yang memberi bahagia bukanlah manusia
tapi DIAlah Tuhanmu, penciptamu, pemberi segala bahagia yang kamu kehendaki...

ayuh, kembali...
kembali meraih cintaNya, maka beroleh lah kamu cinta dunia.
cinta yang memberi kamu bahagia, selama- lamanya...
biar susah di dunia,
biar hina di dunia,
biar dan pedulikan apa orang kata,
selagi DIA di hatimu, 
insya Allah, bahagia kamu di sana...

M.E.N.Y.A.M.P.A.H.

salaam...

ok, aku kena sabar...
juz wanna share something here.
aku geram n agak menyampah.

dah besa kan? pandai la buat keputusn sendiri kan?
xakan da 23 tahun nak wat keputusan remeh pun nak kena tanya org. kalo tanya minx nasihat xpe. ni tanya minx org bg jwpn, bengkek gak aty aku neh...

Tolong ar weh... tolong, k...

Aku paling pantang org rosakkan plan aku, or org ubah2 plan aku. Aku dah plan ikut sennag aku, then jgn nk rosakkan. Tunang aku pun salu kena sound ngan aku free2 ja sbb dy suka sgt ubah plan aku... haha

Ok, juz remember something la.

Hidup ni antara DUA.

Nak hidup ka nak mati???
haha.
So, u decide sendiri ok.

Juz pk tentang diri sendiri. xpayah nak serabut pkir kan org sgt lah. kalo asyik nak mudahkan org, tp org susahkan kita. From now on, juz pkirkan diri sendiri dan org2 tersayang je iaitu my famly include my fiance. 

Kwn? aku ada kwn ke? kwn ramai je... tp bestiee tu aku pun xpasti. mcm ada, mcm xd. haha. ye la org yg paling raapt ng aku pun sorg je. tp kitorg lain2 haluan, so ju contact kdg2 je. yg lain2 tue, cam tu cam tu je. share2 mcm2, tp ntahlaa... aku xd kwn yg mcm 24 hours bersama tue...

But, dlm doa aku sentiasa ada aku doakan kwn2 aku. 

ok la...da kena bersiap. 11.30 jap g bas aku. nak gerak g kl da. esok kena masuk ofis la.. huhu..

ok daa... pray for me...

Wednesday 28 August 2013

Aku di A&A

17 Jun 2013

Tarikh yang sepatutnya aku dan kawan- kawan mendaftarkan diri sebagai pelajar praktikal. Disebabkan beberapa masyaqqah, tarikh kami dipinda kepada 18 Jun 2013. It's ok. No problem. :)

Menyusun fail- fail pejabat. 
>> membiasakan aku dan kawan- kawan dengan form- form yang berkaitan, sijil- sijil kewangan, kelulusan dari suruhanjaya syarikat, dan pelbagai jenis sijil, form dan resit- resit pejabat.

Menyiapkan trek rekod.
>> dapat mengetahui perjalanan pengurusan syarikat, program-program yang telah dianjurkan beserta feedbacknya.

Quotation dan invoice.

Menyiapkan kertas kerja.
>>YaPEIM
>> UM

Pembahagian tugas.
>> Kertas kerja dan hubungan luar

Terjemahan fiqh muamalat.
>> memberi skills terjemahan dan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari selama ini. Juga skill menggunakan microsoft word dengan lebih baik :)

Mengajar Bahasa Arab Perbualan.Tahap 1
>> menimba pengalaman sebagai guru Bahasa Arab di samping menamahkan ilmu- ilmu Bahasa Arab dan juga mengeluarkan kembali apa yang aku peroleh sepanjang bergelar pelajar Bahasa Arab.

Mengajar di Tadika Alif Ceria Presint 14
>> Terbaik. Berpengalaman bersama kanak- kanak yang ceria, aktif dan pasif. Memberi pengalaman berkomunikasi.

Komunikasi dengan orang dewasa, kanak- kanak, dan rakan sebaya. Sungguh, pengalaman yang sangat bermakna. Mengajar aku menjadi lebih dewasa. Mendidik diri untuk lebih bersabar. sbaq ke??? 

30 Ogos 2013

Tarikh akhir sebagai pelatih. Oops! sedih? Happy? Terharu? or what? xtahu nak gambarkan feeling apakah ini? Happy coz dapat kembali ke UIAM tercinta terchenta. Sedih coz nak tinggalkan kerja dan kawan2. Terharu coz dapat banyak sangat input berguna n dapat bos- bos yang baik dan memahami.

Tapi kan, dalam happy2, of coz ada jugak yang tak happy nye. Tapi xnak cerita kat sini. Simpan kat dalam aty jer,k. :P 

To my boss:
Ust Nadzmaimi
Ust Azraie
Ust Faris

Maaf untuk semuanya. Terima kasih untuk segala ilmu yang diberi. Sehabis baik dilaksanankan segala tanggungjawab ini. 

To my students:
Puan Asimah
Puan Lina
Adik Arriessa

Terima kasih kerana sudi belajar dengan saya. saya bukanlah guru terbaik. Juga tak punya banyak ilmu. Maaf untuk segalanya. 

To my frens:
Saif
Asyraf
Kak Dayah
Aton
Syadza

Sorry for everything. Aku xsempurna. Aku juga punya rasa. Marah, sedih, tawa, dan tangis itu biasa. Kalau ada yang sakit hati, maaf la. Gurauan kasar yang xboleh diterima. Kata- kata keras yang terasa. Maaf, maaf dan maaf. terima kasih untuk segalanya.

Untuk encik tunang, terima kasih menjadi peneman dan telinga saya. Mendengar segala kisahnya. Maaf, kalau penat melayan emosi saya.

Dan kepada semua, terima kasih untuk sudi mencipta kenangan ini bersamaku. 

Berjumpa kerana aturan Allah, berpisah juga sudah ditetapkan oleh Allah.

Monday 26 August 2013

cerita praktikal

12 minggu berpraktikal di A & A Consult (M) Sdn. Bhd. memberi banyak impak kepada aku dan kawan- kawan. Dapat mengenali ramai teman- teman baru daripada USIM dan UKM. Bos2 yang terbaik memberi banyak input yang berguna dalam pembelajaran Bahasa Arab.

Ust Nadzmaimi
Ust Azraie
Ust Faris

Team UIA
1. Azriaton
2. Hidayah
3. Syadza

Team UKM
1. Saifuddin
2. Asyraf

Pengalaman yang bermakna. Penterjemahan buku peta minda Fiqh Muamalat (Arab- Melayu). Penterjemahan kertas kerja (Melayu- Arab). Menyiapkan kertas kerja- kertas kerja syarikat, perangkaan- perangkaan program syarikat untuk masa terdekat dan akan datang.

Aku bukan yang terbaik,
Aku terlalu banyak khilafnya,
Tapi aku belajar menjadi aku,
Dan kalian mula mengenal aku.

Aku hanya insan biasa,
Melangkah melangkaui usaha,
Berdepan dugaan dan cabaran dunia,
Mendewasakan aku yang mula meneroka.

Tuhan,
Jalinan ini hanya sementara,
Tapi kesannya berdekad terasa,
Biar berakhir di mata,
Masih ada dalam doanya.

Kamu, kamu dan kamu semua,
Menghitung hari menanti akhirnya...

Tak berakhir cerita kita di sini. Sungguh banyak kenangan di sini. Akan diingati setiap hari.

Monday 15 July 2013

K.E.N.A.N.G.A.N

salamullahi'alaikum...

Allahu Rabbi...
Ada cerita di sini...
Entah kenapa hati sebak teringat kenangan lama...
Teringat si dia teman bersama...

Dulu, memang rapat sangat ngan dia. Pastu, tiba2 dia sepi. Aku pun xtau kenapa. Masa tu dia dah start rapat dengan sorg kawan aku nie. Dan dorg berdua kenal pun sebab aku. Kadang2 sedih sebab dorg berdua lagi rapat sekarang. Aku rasa macam dorg dah lupakan aku. Sedih beb. Dulu pun pernah jadi gak situasi cam nie. Tapi masa tue, kecik ag. Tapi bila dah besar, kwn2 pun dah besar, xsangka lak benda sama berulang.

Susah sgt ke org nak kawan ngan aku? Yup, aku memg kadang2 berlagak sikit. Kadang2 selfish sikit. Tapi sebab apa? Sebab kawan2 jugak la. Sebab org sekeliling yang paksa aq tuk jadik camtu pada waktu2 tertentu. And kadang2 aku mendesak sikit. Tapi kalo org yang baik ngan aku xd hal la... xd masalah pun. OK je.

Tapi yang kawan pesen pelik nie, aku memang xleh terima. Ahh! lantak korg la..malas aku nak pikir apa2 dah pun. Life must go on. Whatever la korg. Aku pun da nak mula idup baru dgn someone yang aku sayang. Moga Allah panjangkan jodoh kami. Langkah pertama dah setel. Tunggu la harinya nanti.. :) Doakan aku... :)

Thursday 27 June 2013

sendiri dan menyendiri




sesi praktikal bermula...

sudah 2 minggu menetap di seri kembangan dan berulang- alik ke bangi...

hidup bersama org. bekerja di bawah seliaan, menjadikan diri lebih berdisiplin.

mungkin boleh mematangkan diri menjadi lebih baik, dan akan berpuasa sendiri...

ok, belajar menyesuaikan diri...

di samping title pun dah berubah...

jauh dari bumi UIAM...

jauh dari rumah sendiri...

mencabar kemampuan diri...

drive kereta sendiri...

ada sesuatu yang Allah nak beri...

cumanya, tunggu dan fikirkan 'ibrahnya sendiri ya...


Sunday 31 March 2013

بسم الله والحمد لله

Cinta???apa itu cinta?ada yang kata cinta itu buta. ada yang kata cinta itu hati. ada yang kata cinta itu rela. ada yang kata cinta itu dusta. tapi aku, cinta itu segalanya. cinta itu kehidupan. dan cinta itu perjuangan. cinta mendidik keimanan dan cinta melahirkan kejujuran dan segala macam perasaan. 



pasti ada yang berbahas, 
"eleh, dah ko tengha bahagia, memg ar ko cakap cinta tue indah2 je. cube kalo ko putus cinta nanti, mesti ko sumpah seranah pada cinta tu."

"ops! sabaq2. jgn judge cepat sgt. kte bercakap ikut rasional dan pengalaman, k."

jangan tutup cinta tue hanya pada cinta manusiawi. ingat pada cinta yang utama, cinta yang haq. dan ingat juga pada kehidupan. kita hidup daripada apa? jawapannya ialah, kita hidup daripada perasaan CINTA jugak...nape aku ckp camtu?

ok, kita renung balik susur galur penciptaan kehidupan manusia itu sendiri. terciptanya Hawa adalah atas dasar Adam yang memelukan pendamping untuk meluahkan rasa cinta yang bersarang di jiwa. maka, dari rasa cinta, terbina satu perhubungan yang membuahkan umat- umat kehidupan hingga ke hari ini. then, kita sendiri lahir daripada penyatuan cinta ibu dan bapa kita kan? jadi cinta itu adalah kehidupan. 

ok, masuk bab cinta Allah. cinta Allah xpenah bagi rasa kecewa. bila cintakan Allah, kita akan redhakan sume yang berlaku. based on xperience. apa lagi nikmat Allah yang ingin didustakan? Allahu Allah...banyak sgt dan sume nikmat tue adalah atas dasar cintaNya pada hambaNya...

~sisipkan pada diri nilai cinta sebaiknya. pada kehidupan ada warnanya. indah ceria kita penciptanya. suram malam kita pelukisnya. maka, apa yang kau mahukan, silakan kau corakkan. susuri kehidupan dengan rasa cinta. cinta pada pemiliknya. :)

KeAdiLan

بسم الله والحمدلله

berbicara mengenai hak dan keadilan...

dalam kehidupan, xlepas daripada pertemuan dan perhubungan antara manusia dan seisi alam dan turut jua bersama penciptaNya. Keadilan dalam mencapai hidup sebagai seorang manusia. Keadilan dalam menuntut hak sebagai hamba. Keadilan dalam merencana kembara hidup di dunia. Keadilan dalam persaudaraan sesama Muslim dan seisinya. Keadilan menuntut kefahaman. Keadilan mengelak kezaliman. Keadilan melawan nafsu dan menuntut kepada fitrah kebersamaan.

Apa yang dimaksudkan dengan "adil"? Datang daripada kalimah arabiah "ع - د - ل" iaitu bila didefinisikan ke dalam istilahnya adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Hurm, letak pen dalam pencil box? adil la tu kan? sebab tempat pen memang dalam pencil box. kan3? Then, letak buku dekat rak buku pun adil kan? sebab buku memang letaknya di tempat buku. Kan3? Letak kasut kat rak kasut. Yelah, xkan nak letak kasut kat almari baju lak an? orait. look and see... Pen. Apa guna pen? Setakat soalan tue, budak 3 tahun pun tahu sebab dia suka ambil pen conteng dinding. Ok. thats the answer. Pen untuk... menulis. Itu baru adil. Bukan beli pen pastu simpan senyap je dalam pencil box. Sebab hak ke atas pen xditunaikan. Pen tu menanti untuk digunakan sebaiknya. Sama jugak macam buku. Hak ke atas buku untuk kita membaca,memahami segala isi lalu disampaikan pada manusia seluruhnya. Itu haknya. Dan hak ke atas kasut pula digunakan untuk di alas pada si kaki. :)

Ok. apa maksud tersirat ke atas segala hak ini? Maksudnya, sebagai hamba Allah, maka hak ke atas seorang hamba adalah untuk mentaati segala perintah Allah, dan meninggalkan segala laranganNya. Kan??? Jadinya, duduk, pejamkan mata anda, renungkan sebentar, muhasabah setiap segi dari setiap penjuru hati dan jiwa, datangkan akal dan segala memori, Apakan telah tertunai segala hak sebagai hamba???

Allah...Allah...Allah...
Astaghfirullah...Astaghfirullah...Astaghfirullah...

~bermuhasabah itu yang terbaik. Mengakui kekhilafan diri pada Pencipta segala isi. Di mana arah destinasi, di mana duduknya hati, di mana warasnya akal, di mana indahnya kehidupan dalam pencarian rahmat Tuhan~