wElcomE to bLoggEr worLd..
nak berkongsi lagi doa di bulan Ramadhan untuk hari ke-4 hingga ke-10...
يوم الرابع
" ya Allah, berilah kekuatan kepadaku untuk melaksanakan perintah-Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan-Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan-Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."
يوم الخامس
"ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba-Mu yang soleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya' yang hampir di sisi-Mu dengan kelembutan-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari segala pengasih."
يوم السادس
" ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiatku kepada-Mu dan janganlah menyeksaku dengan balasan-Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan-Mu, dengan anugerah dan bantuan-Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan."
يوم السابع
"ya Allah, bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkan aku daripada dosa- dosanya. Dan berilah aku zizkir untuk mengingati-Mu secara berterusan, dengan taufik-Mu, wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat."
يوم الثامن
"ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak- anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan-Mu tempat brlindung orang yang berharap."
يوم التاسع
"ya Allah, sediakan bagiku sebahagian daipada keluasan rahmat-Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran- ajaran-Mu. Bimbinglah aku memuji keredhaan-Mu yang penuh dengan kecintaan-Mu, wahai harapan orang yang merindu."
يوم العاشر
"ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakkal kepada-Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sis-Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi-Mu. Dengan ihsan-Mu wahai tempat tuju orang yang memohon."
RAMADHAN KAREEM