Monday 27 August 2012

kerinduan...

salamun'alaik...



serasa macam dah lama sangat tinggalkan blog ni...tetibe, rindu menggamit untuk kembali menulis...sebelum ni, semua rasa terbuku, diluah hanya pada muka buku (facebook), tapi bila buka blog ni, macam ada satu tarikan yang berkata:



"adiba, kalau xmahu teruskan dunia blogging ni, nape x delete je blog kamu?"



sayang pula rasanya nak mendelete...apa salahnya kalau mulakan kembali, kan? ayuh, mantapkan diri dalam bidang penulisan, untung2 beroleh manfaat untuk diri sendiri setidaknya. :)



cukup ini sahaja entry nya. insya Allah, akan kembali dengan entry akan datang. banyak rasanya nak dikongsi, biarkan dahulu. ada umur, ada masa, tertulis lah segalanya... (",)

Sunday 6 May 2012

speechless




janji Allah itu pasti...

tinggal cuma, 
cepat atau lambatnya waktu...
tapi,
kadang kala yakinku mula goyah...
mencari- cari erti...
mengumpul kekuatan dalam kebenaran...
terkilan dengan hati...
terlalu banyak dosa noda terlakar...
berlalu pergi kata hati yang sentiasa benar...
titik hitam mula bertapak...
menafsir bayang sang syaitan yang cuba menghasut...
kala siang dan malam tanpa ada rasa jemu...
lalu,
di mana aku dalam hanyut...
membiarkan waktu percuma berlalu pergi...
melayan gelora jiwa yang cuma inginkan keasyikan...
tersemat sejuta penyesalan yang tak pernah disusuli dengan keinsafan...
tindak terhalang...
gerak terhapus...
jejak menghilang...
langkah tinggal harus...
namun,
hati yang merintih...
mencari sinar di kala muncul sang mentari...
lesu bangkitnya...
dek nafsu merajai jiwa...
merintih sepi sang hati...
xmampu berkata lagi...
sang akal cuba menafsir kembali...
tapi sang nafsu tetap juga xmahu pergi...
bisikan- bisikan sang syaitan mula menusuk kembali...
me'lagha'kan hati yang cuba disucikan saban hari...
Allah...
di mana duduknya tinggi rendah maruah si hati?
dalam menilai baik budi diri sendiri...
menempel seketika bersama sisa waktu yang masih berbaki...
mungkin esok atau lusa, seglanya bisa pergi...
berikan aku kesempatan lagi...
moga waktunya tiba bersama keinsafan di sanubari...

Sunday 8 April 2012

T_T

xtahu untuk kali yang keberapa ku menggores hatiku sendiri...
kenapa begini setiap percaturannya...
sakit
perit
walau luka
aku gagahinya jua
cuba kujahit kembali carik2 itu
namun,
bekas dan parutnya masih tetap di situ



Allah...
kadang2 terasa diri ini xmampu untuk meneruskannya
lemahnya hamba
terduduk lemah
hanya air mata yang menjadi peneman kecewa
Allah...
pinjamkan kekuatanMu buatku
untuk melewati saki baki perjalanan ini
langkahan kaki yang kian terhenti
tersangat membutuhkan gerakan baru
Allah...
pimpinlah hamba menuju redhaMu
tunjukilah hamba dalam tiap perjalanan
hamba mengharap sepenuh hatiku...

Thursday 23 February 2012

L.O.V.E.


masih ku mencari erti apakah itu cinta...
terkapai- kapai siang dan malam
melewati batas waktunya...
aku keliru dalam merungkai
menjejak hari- hari berlalu
bertanya pada diri sendiri
di mana salah dan silapku
hingga aku terjerat dalam cerita ini
cerita yang masih tiada pengakhiran
dan aku tahu
pengakhirannya pastilah 
K.E.K.E.C.E.W.A.A.N


Sunday 5 February 2012

PETUA IMAM SYAFIE




4 PERKARA MENGUATKAN BADAN

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas





4 PERKARA MELEMAHKAN BADAN

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam




4 PERKARA MENAJAMKAN MATA

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih




4 PERKARA MEROSAKKAN MATA

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat




4 PERKARA MENAJAMKAN FIKIRAN


1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama



4 CARA TIDUR





1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.



2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.



3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.



4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.





 ♥sharing is caring ♥ 

اللهم صلّ على سيّدنا محمد


ayuh perbanyakkan selawat bukan hanya pada hari ini, tapi jadikan ia amalan zikir sepanjang hari...moga dengan amalan yang sedikit itu bisa menjadi istiqamah dalam kehidupan seharian kita...:)

Monday 30 January 2012

SahAbat yG zUhuD syaHid dI mEdaN uHud


Mus'ab bin Umair bin Hashim bin 'Abd Manaf bin 'Abd al- Dar sebelum memeluk Islam lagi telah dikenali kerana keindahan dan kemewahan pakaiannnya. dia berasal daripada keluarga yang kaya dan berada. Ditambah lagi dengan mempunyai rupa yang tampan, dia digilai oleh ramai wanita.

Beliau memeluk Islam daripada Rasulullah s.a.w kerana terpesona dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda s.a.w. Namun apabila ibunya; Khunas binti Malik mengetahui pengislaman Mus'ab, dia tidak dapat menerimanya.

Ibunya telah mengurung Mus'ab atas tindakannya itu. Beliau telah diajak oleh ibunya untuk kembali menyembah berhala , namun hati dan jiwanya tetap teguh dalam Islam. Ketika ibunya jatuh sakit, si ibu mengambil kesempatan untuk merayu kepada Mus'ab untuk beliau keluar daripada Islam tetapi Mus'ab sama sekali tidak akan meniggalkan Islam. Lalu Mus'ab dihalau dari rumahnya.

Mus'ab bin Umair yang sebelum itu dikenali dengan kemewahanyya berubah menjadi seorang yang miskin. Beliau melakukan kerja- kerja berat untuk mencari nafkah dan menyara hidupnya. Melihat keadaan Mus'ab, Rasulullah s.a.w berasa amat simpati, namun Baginda tahu, Mus'ab meninggalkan kemewahannya demi cinta kepada Allah dan Rasul- Nya.

Sewaktu menyertai perang Uhud, Mus'ab bertindak pantas ke arah Rasulullah s.a.w untuk melindungi Baginda daripada serangan pihak musuh. Beliau telah mengambil panji yang dipegang oleh Baginda.Melihat keadaan tersebut, Ibn Qami'ah telah memancang tangannya. Kemudian, panji itu beralih ke tangan kiri Mus'ab, namun telah dipancang oleh Ibn Qami'ah. Lalu panji itu diletakkan di antara lengan atas dan dadanya sebelum ia jatuh. Di sinilah bukti syahidnya Mus'ab atas perasaan cintakan Allah, Rasulullah dan Islam

Setelah perang berakhir, jenazah Mus'ab ingin ditutup namun beliau tidak mempunyai kain yang lebih untuk menutup jenazah, apabila ditutup bahagian kepala, bahagian kaki yang terdedah. Begitulah sebaliknya. Akhirnya Rasulullah s.a.w memerintahkan agar kain itu digunakan untuk menutup kepala Mus'ab, manakala kakinya ditutup denga pokok- pokok kecil.

Subhanallah, pemuda yang dahulu selalu berpakaian mewah, kini syahid tanpa sebarang harta. Miskin harta namun jiwanya kaya.




copy paste from SOLUSI isu 37

Thursday 5 January 2012

eGokaH???



akukah yang ego?

bukan sengaja menghadirkan rasa ego itu. tapi tolonglah fahami situasiku...

rasa itu sudah pergi

bukan suka- suka nak mengabaikan kamu

mencintai xseharusnya memiliki

berhadapanlah dengan kenyataan yang satu itu

apakah sanggup engkau melukai dan mengecewakan diriku

Ya Allah,
beri dia kekuatan
berhadapan dengan kenyataan ini
redhakan kami menerima segala takdirMu
ameen...

Tuesday 3 January 2012

شعر الإمام الشافعي



حب النساء جهد البلاء
أكثر الناس في النساء # إن حب النساء جهد البلاء
ليس حب النساء جهدا ولكن # قرب من لا تحب جهد البلاء

mencintai wanita seberat- berat bala
kebanyakan manusia berkata tentang wanita # sesungguhnya mencintai wanita itu boleh mendatangkan bala
bukanlah mencaintai wanita itu bala tetapi # kalau kamu mendekatai wanita yang tidak mencintai kamu itulah bala

سكوتي عن اللئيم جواب
قل بما شئت في مسبة عرضي # فسكوتي عن اللئيم جواب
ما أنا عادم الجواب ولكن # ما من الأسد أن تجيب الكلاب

diamku pada orang yang keji itulah jawapan
katakanlah apa yang kamu suka # kerana diamku kepada orang yang keji itulah jawapan
bukan bererti aku tak punya jawapan # tetapi apakah mungkin bagi seekor singa menjawab salakan anjing

حب الصالحين
أحب الصالحين ولست منهم # لعلي أن أنال بهم شفاعة
وأكره من تجارته المعاصي # ولو كنا سواء في البضاعة

mencintai orang- orang soleh
aku mencintai orang- orang soleh, tetapi aku bukan daripada kalangan mereka # aku berharap aku mendapat syafaat daripada mereka
aku benci kepada orang yang dagangannya adalah maksiat # walaupun kami bersama- sama di dalam barang dagangan

Sunday 1 January 2012

السعادة

alhamdulillah...


syukran ya Allah...
walau ku tahu kebahagiaan ini sementara
sekurang- kurangnya aku punya kesempatan 
untuk merasai apa itu bahagia

Ya Allah,
redhakan dia untuk terima kenyataan ini
walau kutahu ianya sangat pahit
dan kutahu akan terbalas kecewa yang dia rasai itu
padaku nanti...