Monday 30 January 2012

SahAbat yG zUhuD syaHid dI mEdaN uHud


Mus'ab bin Umair bin Hashim bin 'Abd Manaf bin 'Abd al- Dar sebelum memeluk Islam lagi telah dikenali kerana keindahan dan kemewahan pakaiannnya. dia berasal daripada keluarga yang kaya dan berada. Ditambah lagi dengan mempunyai rupa yang tampan, dia digilai oleh ramai wanita.

Beliau memeluk Islam daripada Rasulullah s.a.w kerana terpesona dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda s.a.w. Namun apabila ibunya; Khunas binti Malik mengetahui pengislaman Mus'ab, dia tidak dapat menerimanya.

Ibunya telah mengurung Mus'ab atas tindakannya itu. Beliau telah diajak oleh ibunya untuk kembali menyembah berhala , namun hati dan jiwanya tetap teguh dalam Islam. Ketika ibunya jatuh sakit, si ibu mengambil kesempatan untuk merayu kepada Mus'ab untuk beliau keluar daripada Islam tetapi Mus'ab sama sekali tidak akan meniggalkan Islam. Lalu Mus'ab dihalau dari rumahnya.

Mus'ab bin Umair yang sebelum itu dikenali dengan kemewahanyya berubah menjadi seorang yang miskin. Beliau melakukan kerja- kerja berat untuk mencari nafkah dan menyara hidupnya. Melihat keadaan Mus'ab, Rasulullah s.a.w berasa amat simpati, namun Baginda tahu, Mus'ab meninggalkan kemewahannya demi cinta kepada Allah dan Rasul- Nya.

Sewaktu menyertai perang Uhud, Mus'ab bertindak pantas ke arah Rasulullah s.a.w untuk melindungi Baginda daripada serangan pihak musuh. Beliau telah mengambil panji yang dipegang oleh Baginda.Melihat keadaan tersebut, Ibn Qami'ah telah memancang tangannya. Kemudian, panji itu beralih ke tangan kiri Mus'ab, namun telah dipancang oleh Ibn Qami'ah. Lalu panji itu diletakkan di antara lengan atas dan dadanya sebelum ia jatuh. Di sinilah bukti syahidnya Mus'ab atas perasaan cintakan Allah, Rasulullah dan Islam

Setelah perang berakhir, jenazah Mus'ab ingin ditutup namun beliau tidak mempunyai kain yang lebih untuk menutup jenazah, apabila ditutup bahagian kepala, bahagian kaki yang terdedah. Begitulah sebaliknya. Akhirnya Rasulullah s.a.w memerintahkan agar kain itu digunakan untuk menutup kepala Mus'ab, manakala kakinya ditutup denga pokok- pokok kecil.

Subhanallah, pemuda yang dahulu selalu berpakaian mewah, kini syahid tanpa sebarang harta. Miskin harta namun jiwanya kaya.




copy paste from SOLUSI isu 37

Thursday 5 January 2012

eGokaH???



akukah yang ego?

bukan sengaja menghadirkan rasa ego itu. tapi tolonglah fahami situasiku...

rasa itu sudah pergi

bukan suka- suka nak mengabaikan kamu

mencintai xseharusnya memiliki

berhadapanlah dengan kenyataan yang satu itu

apakah sanggup engkau melukai dan mengecewakan diriku

Ya Allah,
beri dia kekuatan
berhadapan dengan kenyataan ini
redhakan kami menerima segala takdirMu
ameen...

Tuesday 3 January 2012

شعر الإمام الشافعي



حب النساء جهد البلاء
أكثر الناس في النساء # إن حب النساء جهد البلاء
ليس حب النساء جهدا ولكن # قرب من لا تحب جهد البلاء

mencintai wanita seberat- berat bala
kebanyakan manusia berkata tentang wanita # sesungguhnya mencintai wanita itu boleh mendatangkan bala
bukanlah mencaintai wanita itu bala tetapi # kalau kamu mendekatai wanita yang tidak mencintai kamu itulah bala

سكوتي عن اللئيم جواب
قل بما شئت في مسبة عرضي # فسكوتي عن اللئيم جواب
ما أنا عادم الجواب ولكن # ما من الأسد أن تجيب الكلاب

diamku pada orang yang keji itulah jawapan
katakanlah apa yang kamu suka # kerana diamku kepada orang yang keji itulah jawapan
bukan bererti aku tak punya jawapan # tetapi apakah mungkin bagi seekor singa menjawab salakan anjing

حب الصالحين
أحب الصالحين ولست منهم # لعلي أن أنال بهم شفاعة
وأكره من تجارته المعاصي # ولو كنا سواء في البضاعة

mencintai orang- orang soleh
aku mencintai orang- orang soleh, tetapi aku bukan daripada kalangan mereka # aku berharap aku mendapat syafaat daripada mereka
aku benci kepada orang yang dagangannya adalah maksiat # walaupun kami bersama- sama di dalam barang dagangan

Sunday 1 January 2012

السعادة

alhamdulillah...


syukran ya Allah...
walau ku tahu kebahagiaan ini sementara
sekurang- kurangnya aku punya kesempatan 
untuk merasai apa itu bahagia

Ya Allah,
redhakan dia untuk terima kenyataan ini
walau kutahu ianya sangat pahit
dan kutahu akan terbalas kecewa yang dia rasai itu
padaku nanti...