Sunday 17 February 2013

boss! hebatkah???


بسم الله والحمد لله...
Boss! Perkataan yang gerun didengar oleh orang2 bawahan dalam bidang pekerjaan. Tapi, ‘Boss’ juga adalah gelaran yang sering diidam- idamkan oleh mereka yang mempunyai wawasan yang tinggi. Bukan nak berbicara tentang baik buruknya menjadi ‘boss’ tapi nak menegur sikap sesetengah orang yang merasa dirinya ‘boss’ dan boleh bertindak sesuka hati pada sesiapa sahaja.
                Mengenali ramai orang membuat kita dapat menilai sikap dan tindak tanduk mereka. Yang baik dijadikan panduan, dan yang buruk buatlah teguran supaya sama- sama merasa lebih selesa.



Jika anda merasa diri anda adalah ketua di tempat kerja, harus anda ingat, ketua bukanlah seorang yang hanya tahu member arahan, tetapi anda harus ingat, anda adalah orang yang diamanahkan untuk mengepalai sesuatu organisasi supaya setiap kerja yang dilakukan akan lebih mudah. Jadi, anda TIDAK sekali- kali boleh menganggap orang bawahan anda sebagai KULI sedangkan mereka diberikan kepada anda adalah sebagai pembantu anda untuk memudahkan urusan kerja anda. Jadi, jangan sesekali memberi arahan kepada karyawan anda, sebaliknya, meminta bantuan itu lebih mesra.

Terasa jengkel melihat watak- watak bossy mereka- mereka yang terlalu merasa diri mereka hebat. Begitu juga golongan lelaki. Anda jangan menganggap الرجال قوامون على النساء itu boleh anda jadikan dalil untuk anda mengarah wanita- wanita anda sesuka hati. Sedang anda harus tahu, diciptakan wanita itu adalah untuk melengkapkan diri anda yang kehilangan tulang rusuk. Wanita itu adalah untuk dibimbing, dan wanita juga adalah pelengkap kepada perkara- perkara yang tidak mampu anda lakukan. Jangan terlalu mengarah wanita, sebaliknya, mintalah bantuan dan mohonlah pertolongan dalam setiap keperluan anda.


Analogi mudah. Pensel dan pemadam ibarat boss dan karyawan. Apabila pensel menulis, pasti aka nada kesilapan. Makanya, pemadam akan dating menghilangkan kesilapan tersebut dengan bantuannya. Dan analogi bagi lelaki dan wanita kita ibaratkan seperti tubuh badan dan pakaian. Badan tanpa pakaian pasti tiada keselesaan dalam kehidupan. Tapi pakaian dicipta sebagai pelengkap pada diri anda.


~Jejaklah makna kehidupan. Jejaklah makna kesamaan. Carilah erti penyatuan. Carilah erti kelengkapan. Jauhkan sifat ketuanan. Amalkan sifat kehambaan. Redhailah jalan perjuangan. Menitilah ranjau pengakhiran.~

Friday 15 February 2013

bahasa itu perhubungan


بسم الله والحمدلله

Melahirkan perbezaan dalam pemahaman. Segalanya bergantung pada kemampuan manusia untuk berfikir dan mengaitkan satu- persatu corak keilmuan yang dipelajarinya.

Serasa ingin berkongsi sesuatu. Perkaitan pada bahasa. Atau dalam bahasa arab dikenali sebagai اللغة. Terdapat 3 rukun bahasa iaitu suara (أصوات), perkataan (كلمات), dan susunan (تراكيب).


Baik. Saya ingin mengajak anda bersama saya sejenak memahami rukun bahasa ini. Bagi seorang pelajar yang baru mula untuk belajar, mereka akan mempelajari satu- persatu rukun tersebut. Kita akan belajar mengenai suara (sebutan pada sesuatu huruf) daripada A hinggalah Z dan dalam abjad Arab pula daripada الألف إلى الياء. Kemudian, akan berpindah untuk membina perkataan daripada huruf tersebut. Sebagai contoh, makan (أكل). Seterusnya, pelajar akan diajar untuk menyusun perkataan yang dibina menjadi satu ayat lengkap. Contoh, saya makan nasi (آكل الأرز).

Sekarang, beralih pula kepada ‘advance learner’. Mereka akan membaca beberapa ayat daripada buku- buku mereka. Contoh, pelajar itu membawa begnya (حمل الطالب حقيبته). Daripada susunan ayat tersebut, mereka akan menganalisis ayat- ayat itu menjadi perkataan. Contohnya, pelajar (الطالب) adalah satu perkataan, membawa (حمل) adalah perkataan kedua, dan begnya (حقيبته) adalah perkataan seterusnya. Dan daripada perkataan- perkataan tersebut, mereka akan mengeluarkan huruf- hurufnya dan menyebutnya dengan sebutan yang tepat.  J


Begitulah beberapa pendekatan dalam menjejak makna ilmu itu sendiri. Setiap pendidikan akan dimulakan dengan bahasa. Dengan bahsa itulah yang menghubungkan pergaulan beberapa pihak agar apa yang ingin disampaikan difahami. 

mendidiklah dari hati


بسم الله والحمد لله

Membuka minda untuk berbicara soal pendidikan. Bukan mengkritik, tapi hanya mencuba untuk membuka minda sendiri atas desakan dari hati nurani tatkala memandang, melihat, dan menilai serta menfsir tindakan dan apa yang berlaku. Ingin sama berkongsi rasa, berkongsi pendapat, mencari ruang 
dan titik tolak pada suatu perubahan.
            Menjejak langkah, menelusuri dunia pendidikan, mengikut rencah apa yang diaturkan, membuat diri terikat dan hilang keupayaan. Corak pendidikan mengikut tahap kemampuan pelajar daripada yang pandai kepada yang bodoh (maaf untuk perkataan bodoh, tapi itu yang berlaku). Yang pandai di kelas teratas, dan yang bodoh di kelas terbawah. Yang pandai diberi perhatian, sedang yang bodoh dipinggirkan. Walau kita tahu, sesetengah guru ada yang ikhlas mendidik, mereka tak meminggirkan golongan bodoh, tapi berdasarkan apa yang aku lalui, atas apa yang dilihat, sering kali mereka di kelas bawah dipinggirkan.


            Ayuh, kita  cuba menilai sendiri. Bersahabat dengan mereka tanpa mengira ‘level’ kepandaian. Tiada manusia bodoh sebenarnya. Tetapi, tahap pemikiran dan keupayaan yang berbeza. Seperti kita tahu, kemampuan manusia itu terdiri daripada kuasa pemerhatian, kuasa pendengaran, dan kuasa sentuhan. Jadi persoalannya, mengapa tidak kita mengkelaskan corak pengajaran dan pendidikan kita pada tiga kuasa tersebut?


            Pendidikan sesuatu yang sangat menarik. Dan Islam mengajar dan mewajibkan umatnya untuk menuntut ilmu. Kalamullah berbicara dengan lafaz ﴿اقرأ . Dan Rasulullah bersabda<طلب العلم فريضة على كل المسلم> Ilmu Allah tersangatlah luas. Dan ilmu tidak hanya terhad pada apa yang kita pelajari di dalam kelas semata- mata. Pengembaraan, perjalanan, kehidupan, pemerhatian, persahabatan dan kekeluargaan itu sendiri adalah pendidikan. Usah terlalu cepat menilai mereka yang tidak mampu membaca itu adalah orang yang bodoh. Siapa tahu, apabila mereka berbicara, mereka adalah orang yang berbicara penuh hikmah dan nasihat dek ketajaman pendengaran mereka yang hebat. Usah terlalu cepat menilai golongan professional itu adalah mereka yang ‘superb’ dalam segala hal, sedang saat bergaul, mereka hilang nilai dan tatacara pergaulan.
               
~Memandanglah dari mata hati, berbicaralah melalui bahasa bumi, mendengarlah tanpa telinga yang tuli, merasalah dengan rasa yang diingini, berfikirlah dengan akal yang dianugerahi, sejahtera hidup tanpa rasa benci, bahagia dengan apa yang dimiliki, insya Allah, ganjaran akan diperoolehi, bersyukurlah dengan segala yang dilalui, di situlah letaknya kewarasan akal dan budi.~

                                                                                                            Nur Adiba binti Ismail

seni dan lirik

meneliti satu persatu arus perubahan dunia seni hari ini...melihat pada perkembangan seni kata (lirik) lagu yang makin hilang nilai sasteranya, tapi lebih kepada penjiwaan pemahaman maknanya atau bahasa mudah yang boleh dikatakan adalah teknik penceritaan terus melalui lagu...

contoh:
1. Bila dia senyum pada diriku hatiku rasa xmenentu (ainan tasnim)


maaf untuk kritikan. tapi hanya sekadar memberi pendapat. mungkin ini nilai remaja hari ini. lebih dekat dengan bercerita. lalu xsalah teknik penceritaan ini juga kita pakai dalam menyampaikan dakwah. jangan hanya terhad pada cerita percintaan kalian sahaja...

suka pada muzik, tapi jangan sampai lagha xingat Allah.
muzik itu hiburan.
hiburan itu ketenangan.
tapi, Islam mengajar mencari ketenangan dengan al- Quran.
pada al- Quran sendiri punya nilai sastera yang sangat tinggi.
itulah mukjizat kalamullah yang tiada tandingan.


~bersyukur dilahirkan Islam.
bersyukur al- Quran sebagai panduan.~

Wednesday 13 February 2013

Bahasa padanya budaya



menzahirkan bahasa melalui sastera...
terserlah nilai budaya padanya...
di situ keagungan bangsa...
tamaddun kan gah menjadi indah serata...


aku xmenolak bahasa luar. tapi, cuba renung duduk fikir asal usul kita. indah nilai sesebuah bangsa pada bahasa yang diguna pakai. mengapa harus diagungkan bahasa luar...belajar bahasa luar, meningkatkan kefahaman pada budaya resam sesuatu bangsa...

jatuh punah ketamadunan jasa...
dek rakus mengejar kemodenan bangsa...
sedang tanpa kewarasan menerjah alam tak bersuara...
hilang budaya kerna teragung pada jajahan akal dan bicara...

menfgapa tak kita meneroka sebenar- benar lahjah bahasa? pengasasan kepada sesuatu loghat dan bahasa yang diguna pakai oleh sesuatu kaum atau dengan kata mudah kita letak konteks di Malaysia wujudnya dialek mengikut negeri. pasti, akan terserlah budaya dan resam melaui dialek tersebut. indah jika diketahui. meningkatkan kefahaman dan nilai jati diri pada diri kita sendiri. :)

Friday 1 February 2013

perjalanan sebuah kehidupan

bismillah wal hamdulillah...



perjalanan sebuah kehidupan.
mengembara mencari haluan.
seketika rebah, jatuh dan tersungkur.
namun masih tetap bertahan.
biar ketandusan teman.
biar kelelahan akal.
biar tersesat jalan.
biar terduduk sebntar.
namun,
jangan pernah jauh dari Tuhan.
jangan pernah lelah dari iman.
jangan sampai xkembali mencari kebenaran.
jangan sampai duduk xteruskan perjalanan.
kita hanya hamba.
mengembara dalam dunia penuh dusta.
mencari bekal ke alam kekal benarnya.
sampai jejak akhirnya ditemu dalam bahagia.