Wednesday 28 August 2013

Aku di A&A

17 Jun 2013

Tarikh yang sepatutnya aku dan kawan- kawan mendaftarkan diri sebagai pelajar praktikal. Disebabkan beberapa masyaqqah, tarikh kami dipinda kepada 18 Jun 2013. It's ok. No problem. :)

Menyusun fail- fail pejabat. 
>> membiasakan aku dan kawan- kawan dengan form- form yang berkaitan, sijil- sijil kewangan, kelulusan dari suruhanjaya syarikat, dan pelbagai jenis sijil, form dan resit- resit pejabat.

Menyiapkan trek rekod.
>> dapat mengetahui perjalanan pengurusan syarikat, program-program yang telah dianjurkan beserta feedbacknya.

Quotation dan invoice.

Menyiapkan kertas kerja.
>>YaPEIM
>> UM

Pembahagian tugas.
>> Kertas kerja dan hubungan luar

Terjemahan fiqh muamalat.
>> memberi skills terjemahan dan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari selama ini. Juga skill menggunakan microsoft word dengan lebih baik :)

Mengajar Bahasa Arab Perbualan.Tahap 1
>> menimba pengalaman sebagai guru Bahasa Arab di samping menamahkan ilmu- ilmu Bahasa Arab dan juga mengeluarkan kembali apa yang aku peroleh sepanjang bergelar pelajar Bahasa Arab.

Mengajar di Tadika Alif Ceria Presint 14
>> Terbaik. Berpengalaman bersama kanak- kanak yang ceria, aktif dan pasif. Memberi pengalaman berkomunikasi.

Komunikasi dengan orang dewasa, kanak- kanak, dan rakan sebaya. Sungguh, pengalaman yang sangat bermakna. Mengajar aku menjadi lebih dewasa. Mendidik diri untuk lebih bersabar. sbaq ke??? 

30 Ogos 2013

Tarikh akhir sebagai pelatih. Oops! sedih? Happy? Terharu? or what? xtahu nak gambarkan feeling apakah ini? Happy coz dapat kembali ke UIAM tercinta terchenta. Sedih coz nak tinggalkan kerja dan kawan2. Terharu coz dapat banyak sangat input berguna n dapat bos- bos yang baik dan memahami.

Tapi kan, dalam happy2, of coz ada jugak yang tak happy nye. Tapi xnak cerita kat sini. Simpan kat dalam aty jer,k. :P 

To my boss:
Ust Nadzmaimi
Ust Azraie
Ust Faris

Maaf untuk semuanya. Terima kasih untuk segala ilmu yang diberi. Sehabis baik dilaksanankan segala tanggungjawab ini. 

To my students:
Puan Asimah
Puan Lina
Adik Arriessa

Terima kasih kerana sudi belajar dengan saya. saya bukanlah guru terbaik. Juga tak punya banyak ilmu. Maaf untuk segalanya. 

To my frens:
Saif
Asyraf
Kak Dayah
Aton
Syadza

Sorry for everything. Aku xsempurna. Aku juga punya rasa. Marah, sedih, tawa, dan tangis itu biasa. Kalau ada yang sakit hati, maaf la. Gurauan kasar yang xboleh diterima. Kata- kata keras yang terasa. Maaf, maaf dan maaf. terima kasih untuk segalanya.

Untuk encik tunang, terima kasih menjadi peneman dan telinga saya. Mendengar segala kisahnya. Maaf, kalau penat melayan emosi saya.

Dan kepada semua, terima kasih untuk sudi mencipta kenangan ini bersamaku. 

Berjumpa kerana aturan Allah, berpisah juga sudah ditetapkan oleh Allah.

Monday 26 August 2013

cerita praktikal

12 minggu berpraktikal di A & A Consult (M) Sdn. Bhd. memberi banyak impak kepada aku dan kawan- kawan. Dapat mengenali ramai teman- teman baru daripada USIM dan UKM. Bos2 yang terbaik memberi banyak input yang berguna dalam pembelajaran Bahasa Arab.

Ust Nadzmaimi
Ust Azraie
Ust Faris

Team UIA
1. Azriaton
2. Hidayah
3. Syadza

Team UKM
1. Saifuddin
2. Asyraf

Pengalaman yang bermakna. Penterjemahan buku peta minda Fiqh Muamalat (Arab- Melayu). Penterjemahan kertas kerja (Melayu- Arab). Menyiapkan kertas kerja- kertas kerja syarikat, perangkaan- perangkaan program syarikat untuk masa terdekat dan akan datang.

Aku bukan yang terbaik,
Aku terlalu banyak khilafnya,
Tapi aku belajar menjadi aku,
Dan kalian mula mengenal aku.

Aku hanya insan biasa,
Melangkah melangkaui usaha,
Berdepan dugaan dan cabaran dunia,
Mendewasakan aku yang mula meneroka.

Tuhan,
Jalinan ini hanya sementara,
Tapi kesannya berdekad terasa,
Biar berakhir di mata,
Masih ada dalam doanya.

Kamu, kamu dan kamu semua,
Menghitung hari menanti akhirnya...

Tak berakhir cerita kita di sini. Sungguh banyak kenangan di sini. Akan diingati setiap hari.